Perpisahan itu selalu terjadi,
Kepada insan yang bercinta,
Sungguh sedihnya rasa,
Apabila ianya terjadi..
Perpisahan bermula dari dua hati,
Yang kehendaknya tak dituruti,
Ataupun manusia,
Yang berperasaan benci..
Sebuah cinta dan harapan,
Menjadi debu berterbangan,
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku,
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya..
Ooh Ooh..mengapa terus mengharap menanti,
Walau cukup kusedari dia takkan kembali..
Rintangan dari orang yang tak sudi,
Menerima cinta dari hati ini,
Menarik diri dan pergi,
Membawa serpihan hati yang sepi..
Sebuah cinta dan harapan,
Menjadi debu berterbangan,
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku,
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya..
Ooh Ooh..mengapa terus mengharap menanti,
Walau cukup kusedari dia takkan kembali..
Perpisahan itu sungguh menyedihkan,
Tapi semuanya di tangan takdir,
Kita dikatakan pasangan bahagia..
Ooh..kini terasing luka,
Ooh..kini terasing luka,
Perpisahan mengasing kita..




