Kadang-Kadang..


Addam Danial

Kadang-kadang…

Kita rasa dunia tidak berlaku adil dengan kita..

tapi sebenarnya ia tidak bersalah..

Kadang-kadang..

Kita hilang keyakinan untuk terus berdiri

di tengah-tengah taufan kehidupan yang

terkenal dengan keberangannya..

tapi sebenarnya tempat berpaut itu ada di belakang kita..

Kadang-kadang..

Kita lupa bahawa kita ini

hanyalah makhluk ciptaan yang maha esa

yang tidak memiliki kekekalan hakiki apatah lagi kemuthlakan..

Kadang-kadang..

Kita rasa tertekan menjalani hukuman duniawi

hasil daripada keangkuhan dan perbuatan diri sendiri..

dan kita mula bertanya..

Dimana Dia semasa itu?..

Dimana Dia semasa nyawaku di bawa pergi?..

Dimana Dia semasa aku menangis memeluk diriku?..

Dimana Dia semasa kakiku tidak mampu untuk berdiri?..

Dimana Dia semasa aku merasa amat terseksa dihimpit perasaan rindu?..

Apa yang kita fikirkan pada masa itu?..

‘tidak ada gunanya aku melutut untuk menyembah padamu!!’..

‘mengapa kau seksa hidupku?!’..

‘mengapa nasibku kau jadikan sebegini malang?’..

Semasa ini terjadi pada diriku..

ada suara kecil yang berbisik padaku..

Adakah aku yang bersalah membawa nyawamu pergi dari dirimu?..

Tidakkah kau sedar akan kehadiranku turut memeluk dirimu

ketika kau sedang menangis sendirian memeluk dirimu?..

Sedarkah kau bahawa aku lah yang mengangkat kau semasa kakimu tidak mampu berdiri?..

Tidakkah kau terfikir bahawa aku turut menangisi

setiap kelibat kau menanggung kerinduan yang teramat itu?..

Mendengar suara kecil yang membisikkan ayat-ayat itu padaku..

Aku bangkit..aku bangun semula dengan niat untuk

membuktikan bahawa aku boleh mengubah diriku..

Mengubah diriku menjadi lebih matang..

Mengubah diriku menjadi lebih dewasa..

Mengubah diriku menjadi lebih tabah..

Mengubah diriku menjadi lebih baik!..

Untuk siapa?..kepada siapa ingin ku buktikan semua itu?..

DENGAN BANGGA DAN PENUH KEYAKINAN

AKU MENYATAKAN..IA UNTUK AKU!..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s